
Pada masa itu negeri Johor adalah di bawah pemerintahan Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim(8 Disember 1810-31 Januari 1862) dan Johor masih mempunyai kawasan hutan yang terbentang luas dan belum pernah diterokai.Justeru itu,baginda telah memperkenalkan sistem “Kangcu” untuk menggalakkan masyarakat China berhijrah dari Singapura ke Johor.Mengikut pengkaji sejarah tempatan Wu Hwa,Chen Kai Shun menyahut seruan baginda dan membawa lebih kurang 4000 orang buruh China,yang terdiri daripada ahli-ahli kongsi gelap Ngee Heng,masuk ke Johor.Mereka menaiki bot di Augang,Singapura dan sampai ke muara Stulang Laut,kemudian belayar sepanjang Sungai Tebrau sehingga Kangkar Tebrau.Pada masa itu tongkang merupakan kenderaan yang utama.Muara Stulang Laut telah menjadi pintu masuk orang China ke Johor Baru.Sungguhpun sebahagian besar buruh tersebut terdiri daripada keturunan Teochew,tidak kurang juga mereka daripada keturunan lain,seperti Hainan.
Pada 22 Oktober 1844,satu surat sungai telah dikeluarkan oleh Temenggung Ibrahim kepada Chen Kai Shun supaya beliau boleh menerokai tanah-tanah serta menanam gambirdan lada hitam secara komersial di Kangkar Tebrau.Pada masa itu kawasan itu dikenali sebagai Chen cuo Gang oleh masyarakat China.Surat Sungai Kangkar yang kedua dikeluarkan oleh kerajaan Johor selepas surat pertama yang diberikan kepada seorang pekebun China Lau Lib Keng di Sungai Skudai.
Pada tahun 1844,Temenggung Ibrahim telah mengeluarkan Surat Sungai yang kedua kepada Kapitan Tan Kee Soon atau Chen Kai Shun (Lampiran 3) dan membenarkan beliau membina petempatan di Kangkar Tebrau.Chen Kai Shun telah membawa sekumpulan kuli China(kebanyakan dari suku dialek Teochew)dari Singapura ke Kangkar Tebrau dengan perahu.Mereka telah mendarat di Kangkar Tebrau dan mula meneroka kawasan itu.Pada masa itu,ramai peneroka telah meninggal kerana menghadapi banyak ancaman seperti penyakit tempatan,ancaman binatang liar,masalah penyesuaian diri dengan iklim serta alam sekitar tempatan dan sebagainya.
Sumber ekonomi utama pada masa itu ialah penanaman gambir dan lada hitam disebabkan permintaan yang tinggi.Kemudian tanaman tersebut telah digantikan oleh tanaman getah akibat kemerosotan permintaan gambir.Semasa kawasan ini dibuka oleh Chen Kai Shun,Kangkarelah dikenali sebagai “Chen Cuo Gang oleh masyarakat China pada masa itu dan nama ini masih diwarisi sehingga hari ini.